SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, salawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Sekalung tahniah kepada Penyelaras ICT Jabatan dan Unit Sistem Maklumat PSIS kerana kerjasama yang erat sehingga terbina laman web Jabatan Kejuruteraan Awam ini. Pencapaian ini amat bertepatan dengan status jabatan ini yang sentiasa memandang kehadapan.Dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini, maklumat yang tepat dan terkini amat mustahak, dengan adanya laman ini, diharapkan dapat memberi maklumat semasa tentang JKA kepada pelunsur web dan ianya juga merupakan penunjuk prestasi jabatan dalam bidang teknologi maklumat.Harapan saya, semoga laman web ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua pihak dengan maklumat-maklumat yang dimuatkan dan pihak jabatan sedia menerima pandangan dan cadangan membina daripada pelayar laman web ini. Selamat melayari Laman Web Jabatan Kejuruteraan Awam


"JAYA KERANA AKHLAK"
En Nizam Bin Mat Ali
Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam


Webmaster

(29 Oktober 2009, PSIS)
Laman web ini masih dalam edisi percubaan. Sebarang komen emelkan kepada

zuraifa@psis.edu.my



Pautan

2008 © Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan